Tuesday 27 November 2018
UCAPAN PENYELARAS MAKMAL 2018
Terima kasih kepada semua staf dan guru di atas kerjasama semua sepanjang tahun 2018. Aktiviti ict seperti penggunaan frog telah berjaya dilaksanakan. Insya Allah saya bagi pihak penyelaras makmal amat berharap pada tahun 2019 , semua guru lebih aktif menggunakan makmal ict sebagai medium pembelajaran abad ke 21. Pihak kami menyediakan netbook sebanyak 20 biji untuk kegunaan guru dan murid. Jumpa lagi tahun 2019. Bye
Wednesday 2 May 2018
Tuesday 24 April 2018
PASUKAN BOLA SEPAK SK SUNGAI KERING 2018
Pada 25April 2018 sempena gaji April , pasukan Bola Sepak SK Sungai Kering di bawah jurulatih importnya En Zaiful telah berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir setelah Johan kumpulan . Menurut PK 1 , saat kemenangan ini merupakan detik bersejarah sejak 1995. Pasukan sekolah tewas kepada pasukan juara SK Sungai Limau dengan jaringan 2 berbalas 1. Ini bermakna SK Sungai Kering hanya menduduki kedudukan tempat Liga . Biarpun begitu hadiah dan ganjaran berupa hidangan KFC menjadi habuan bagi setiap pemain yang telah bertungkus lumus. Syabas dan tahniah . Usaha lagi pada tahun depan.
Pemain SK Sungai Kering beratur mendapat hadiah |
Syabas dan tahniah |
Jurulatih import Zaiful sempat berposing sebelum menjamah KFC di Pusat Bandar |
Semoga tahun depan, SK Sungai Kering akan membawa pulang piala Prestij ini. |
Saturday 14 April 2018
Makluman Kemudahan Projektor Untuk PdPc
Pada tahun 2018, pihak makmal ICT telah menerima perbekalan semula sebanyak 4 buah projektor. Semua guru disaran membuat pinjaman projektor jika ingin menggunakan alatan tersebut di dalam kelas. Para guru diminta berhubung dengan guru ICT terlebih dahulu. Sekian terima kasih.
Yang benar;
Azdi bin Azmi,
Guru ICT SK Sungai Kering
Yang benar;
Azdi bin Azmi,
Guru ICT SK Sungai Kering
MAKLUMAN GURU MAKMAL ICT
Saya Cikgu Azdi bin Azmi, selaku guru ICT SK Sungai Kering ingin memohon ampun dan maaf di atas masalah komputer Thin Client sejak bulan Januari lagi. Komputer Thin Client tidak berfungis kerana server perlu di setting semula . Sekian terima kasih.
Wednesday 11 April 2018
TMK TAHUN 5 MEMBINA DAN MENGEMASKINI BLOG SEKOLAH
Wednesday 4 April 2018
MEMBINA BLOG MURID TAHUN 5 2018
Pada Hari Khamis bersamaan 5 April 2018, seramai 21 orang murid telah menghadiri kursus Membina Blog .
Sekian terima kasih.
Cikgu Azdi
Sekian terima kasih.
Cikgu Azdi
Saturday 31 March 2018
SIJIL PENYERTAAN E-PUSTAKA 2017 DAN 2018
Sunday 14 January 2018
KEMUDAHAN ICT YANG DISEDIAKAN
Pada tahun 2018, pihak penyelaras ingin memaklumkan bahawa terdapat beberapa kemudahan yang disediakan oleh pihak ICT iSK Sungai Kering. Antaranya ialah:
1. Kemudahan pinjaman Projektor LCD sebanyak 3 buah. Model Ben-Q untuk Pengajaran dan Pembelajaran.
2. Kemudahan menggunakan makmal ICT untuk kegunaan warga SK Sungai Kering seperti Kursus Dalaman, Mesyuarat , Pengajaran dan sebagainya.
3. Kemudahan pinjaman note book satu Malaysia,
4. Kemudahan mengambil gambar untuk aktiviti sekolah.
5. Pengayaan aktiviti frog vle.
6. Kemudahan guru untuk mencetak bahan PdPc.
Disediakan oleh :
Penyelaras ICT 2018.
1. Kemudahan pinjaman Projektor LCD sebanyak 3 buah. Model Ben-Q untuk Pengajaran dan Pembelajaran.
2. Kemudahan menggunakan makmal ICT untuk kegunaan warga SK Sungai Kering seperti Kursus Dalaman, Mesyuarat , Pengajaran dan sebagainya.
3. Kemudahan pinjaman note book satu Malaysia,
4. Kemudahan mengambil gambar untuk aktiviti sekolah.
5. Pengayaan aktiviti frog vle.
6. Kemudahan guru untuk mencetak bahan PdPc.
Disediakan oleh :
Penyelaras ICT 2018.
Subscribe to:
Posts (Atom)